malam nie rasa cam nak join GA ..hihi..1st solid Food full with love Giveaway...ended 25.08
basic info 1st..hihi saja2 je sambil2 tambah pengetahuan kan..x salah kan..hihi:Sekitar usia 6m anak akan mula makan makanan pepejal..WHO sepakat usia cerai susu kepada enam bulan ke atas.Ketika ini tubuh badanya sudah boleh ditegakkan dengan sokongan ibu dan sudah pandai memberi reaksi dengan membuka mulut apabila makanan didekatkan kepadanya..
dlm tempoh ini,secara perlahan-lahan anda boleh mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi.bagaimana pun pastikan memilih makanan dengan kandungan nutrien yg betul iaitu memilih makanan yg boleh memberi tenaga dan tidak berkaitan dengan alahan...(latihan menaip untuk diri sendiri )..hihi
ok untuk resipi lak..mama hiro kasi resipi yg mama hiro kasi untuk anak-anak mama hiro:
resipi pertama:
bubur nasi bersama lobak merah:
1/2 cawan beras- x guna banyak2 sangat pasal nanti beras akan kembang kan
2-3 cawan air
2 batang lobak merah
cara-cara
1.kukus dan kisar sebatang lobak merah,,nak kasi lembut
2.pastu sebatang lobak merah lagi dikisar mentah dan di ambil jusnya
3.nasi yg telah di masak tadi sehingga lembik ..campur ngan lobak merah yg dikukus dan di kisar tadi
lepas dah sebati n masak..last tu boleh lah masukan jus lobak merah yg dikisar mentah2 td
Resipi Kedua lak:nie MIL n SIL yg ajar
1/2 cawan beras
2-3 cawan air
isi ikan..selalunya mama hiro beli ikan tenggiri atau ikan merah pasal x de tulang
Halia-nie mesti pasal untuk hilang hanyir ikan
kentang..dipotong kecil2..kalau rajin wat lah cam kiub2 tu..hihi
Carrot-pun sama di potong kecil2
brokoli
Cara-cara
Campurkan kesuma bahan td dan di masak hingga lembut..pastu blend lah..
baby dah besar skit mama hiro masukkan ikan bilis,baby corn..kalau ikan bilis lak mama hiro akan guna yg telah dibelah dua..then akan try buang tulang2 ikan2 tu bila dah siap blend..hihi
resipi ketiga..source from Positive Parenting
cara menyediakan puri: 1.potong buahan dalm bentuk dadu 2.Kukus buah-buahan atau sayur-sayuran hingga lembut (langkah ini boleh ditinggalkan sekiranya menggunakan buah-buahan yang lembut seperti pisang atau betik 3.Gunakan pengisar makanan, pelecek atau parut untuk menghancurkan makanan. 4.Tambahkan air atau susu ibu untuk mencairkannya. |
1 comments:
Gewecun - 3point untuk anda :)
Post a Comment